Sorting by

×

WRUR: KETUA MENTERI RASMI ‘MURAL SEMANGAT’ STABURA

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KLEBANG 17 Oktober – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, merasmikan mural ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’ di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai (STABURA), di sini.

Perasmian itu adalah bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang yang berlangsung selama dua minggu dan berakhir pada Ahad ini.

Terdahulu, Ab Rauf tiba di perkarangan sekolah kira-kira jam 2.50 petang dan disambut warga STABURA dengan tarian lagu ikonik, Senandung Anak Melaka.

Ketua Menteri kemudiannya menyantuni murid-murid sekolah berkenaan sebelum menyempurnakan gimik perasmian dengan menandatangani plak pada mural berkenaan.

Ab Rauf dalam ucapannya mahu mural tersebut menjadi suntikan semangat kepada murid-murid di negeri ini agar tidak hilang nilai-nilai budaya dan warisan bangsa yang hebat.

“Sebab itulah, saya asuh sejak di peringkat sekolah agar anak-anak ini tahu siapa itu Hang Tuah dan Hang Jebat, dua tokoh hebat yang telah dipesongkan kisahnya oleh penjajah.

“Sebab itulah, saya mahu semangat ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’ ini ditanam dalam hati kerana kita memiliki warisan bangsa yang hebat,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

598
Kongsi :
Previous post MELAKA BELANJA LEBIH RM600,000 BAIK PULIH 39 RUMAH SEJAK 1 JANUARI LEPAS
Next post WRUR: KM MAHU BANTU ‘STABURA’ MILIKI DEWAN UNTUK KESELESAAN 1,700 MURID