Xinyi Solar tambah pelaburan RM1.5 bilion di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

SERI NEGERI 22 Ogos – Pelabur terbesar Melaka, Syarikat Xinyi Solar (M) Sdn. Bhd. akan menambah pelaburan RM1.5 bilion bagi memperluaskan operasinya di Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, syarikat itu akan memperluaskan sebanyak 38.72 hektar di tapak tanah Perindustrian Elkay, Lipat Kajang.

Katanya, ia sekali gus akan menambah 300 hingga 500 peluang pekerjaan kepada anak Melaka.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Syarikat Xinyi Solar (Malaysia) Sdn. Bhd. yang telah bersetuju untuk bekerjasama dan melabur.

“Saya difahamkan, Syarikat Xinyi merupakan pelabur terbesar dengan nilai pelaburan semasa melebihi RM2 bilion di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang.

“Peningkatan keluasan kilang Xinyi ini tepat pada masanya bagi meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi selepas pandemik COVID-19 serta dapat meningkatkan peluang pekerjaan antara 300 hingga 500 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapannya sebelum memetarai Perjanjian Jual Beli Tanah Industri diadakan di Bilik Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), di sini hari ini.

Terdahulu, pada program diadakan itu menyaksikan Sulaiman menandatangani dokumen dan pertukaran perjanjian bersama Pengarah Urusan syarikat solar berkenaan, Datuk Sin Ket Hin disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka, Datuk Zaidi Johari dan Ketua Pegawai Eksekutif PKNM Datuk Mashitah Datuk Wira Ismail.

Program diadakan itu juga turut dihadiri Pegawai Kewangan negeri Datuk Salhah Salleh bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah PKNM, Datuk Zaidi Attan, Tuminah Kadi dan Mohamad Azmi Sabtu.

Sementara itu, wakil Syarikat Xinyi pula dihadiri Pengarah Pembelian dan Sumber Manusia, Datuk Char Soo Yin dan Peguamcara Xinyi, Datuk Ng Chin Chai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2719
Kongsi :
Previous post Lelaki didenda RM4,000 kerana menyamar Raja Muda Perak
Next post 10 sekolah dipilih jayakan inisiatif ‘Rainwater Harvesting In School’
Ubah saiz-+=