Zakat Melaka sasar pungutan RM108 juta tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 27 April – Sasaran jumlah kutipan zakat sebanyak RM108 juta bagi tahun ini dijangka mampu dicapai kata Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Datuk Ibrahim Fadzil.

Ibrahim berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada peningkatan sebanyak 33.14 peratus atau RM38,716,592.28 berbanding RM29,078,976,06 bagi tempoh sama tahun lalu.

“Jumlah pembayar juga meningkat iaitu seramai seramai 41,265 orang berbanding 40,474 orang tahun lalu, dengan bayaran tertinggi membabitkan zakat pendapatan

“Zakat pendapatan ini kebanyakannya daripada potongan gaji pegawai kerajaan dan swasta. Zakat perniagaan pula mencatatkan kutipan yang tinggi melebihi 300 peratus disebabkan ada entiti perniagaan yang membayar awal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh agensi korporat di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, di Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.

Terdahulu Tun Mohd Ali menerima serahan zakat membabitkan 14 agensi dan syarikat korpirat keseluruhan berjumlah RM5,603,630.28

Mengikut rekod, zakat pendapatan menunjukkan jumlah kutipan tertinggi iaitu RM20,432,431.67 atau 52.77 peratus.

Manakala kutipan zakat paling rendah adalah zakat ternakan dengan jumlah kutipan sebanyak RM29,595.50 iaitu 0.08 peratus.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1468
Kongsi :
Previous post TYT terima bayaran zakat perniagaan lebih RM5 juta
Next post (TERKINI) Pelitup muka tidak lagi diwajibkan di kawasan terbuka
Ubah saiz-+=