‘Zip line’ dijangka menyusul selepas siap Monumen Gergasi Bendera Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER KEROH 9 Januari – Pembinaan Monumen Bendera Gergasi Negeri Melaka di Bukit Beruang akan merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan itu dengan kewujudan komponen baharu termasuk ‘zip line’ dan ‘jungle-trekking’.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata antara yang dicadangkan adalah pembinaan ‘zip line’ dan penambahbaikan ‘jungle trekking’ yang akan memberi manfaat kepada pelancong.

Jelasnya, projek monumen itu akan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengurus dan memantau sepanjang pelaksanaan Monumen Bendera Gergasi itu.

“Selain monumen gergasi, kita juga bercadang untuk menambah komponen untuk (lebih) ramai pelancong hadir, seperti komponen ‘zip line’, selain ‘jungle trekking’ yang sedia ada akan dibaik pulih.

“Mungkin lain-lain komponen (akan dibina) untuk tarik pelancong yang bukan sahaja untuk untuk menikmati Monumen Bendera Gergasi tetapi persekitaran Bukit Beruang ini dapat dinikmati dengan aktiviti pelancongan,” katanya.

photo_2023-01-09_12-18-06
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Monumen Bendera Gergasi Bukit Beruang, Ayer Keroh di Kem Bukit Beruang, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Monumen Bendera Gergasi di Rejimen 514, Askar Wataniah Kem Bukit Beruang.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari ; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh dan Penasihat Undang-undang Melaka, Datuk Abd Aziz Engan serta lain-lain kenamaan.

Mengulas lanjut beliau berkata, pembinaan monuman itu tidak akan menjejaskan segala aktiviti udara berikutan ia akan dibina selepas mengambil kira pelbagai faktor dan segi dengan ketinggian yang disarankan.

“Dan buat pengunjung yang sering melakukan aktiviti riadah di situ, jangan risau, pembinaan ini (monumen) juga tidak akan menganggu kawasan riadah di Bukit Beruang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2104
Kongsi :
Previous post Istilah kemajuan dalam nama KKDW beri objektif lebih jelas dalam kemajuan desa dan wilayah – Ahmad Zahid
Next post Melaka galakkan pemakaian pelitup muka di lokasi tumpuan – KM
Ubah saiz-+=