Zon Hijau Melaka tingkat keyakinan pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 10 Ogos – Kejayaan Melaka mengekalkan status Zon Hijau berjaya memberi keyakinan kepada pelawat dari luar Melaka untuk datang ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, status ini mencatatkan sebanyak 98.1 peratus kes pesakit Covid-19 yang sembuh di negeri ini.

“Sehingga semalam, kita catat sifar kes jangkitan positif Covid-19 dengan jumlah keseluruhan individu disahkan positif kekal 258 kes sejak 14 Julai lalu .

“Jumlah keseluruhan kes sembuh pula seramai 253 orang, manakala jumlah kematian adalah lima kes,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Jelasnya, jumlah itu sekali gus memberi petunjuk positif kepada keadaan ekonomi di negeri ini yang beransur pulih.

“Kegiatan ekonomi dan perniagaan di negeri ini juga semakin meningkat.

“Kerajaan negeri harap keadaan ini akan berterusan, sekali gus mampu melonjakkan kembali prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Melaka,” katanya.

Sulaiman, bagaimanapun menegaskan supaya menitikberatkan
soal kesihatan rakyat dititik beratkan setelah Negeri Melaka kembali dibanjiri pelancong domestik.

“Dalam kita gembira dengan status ekonomi yang semakin mencanak, jangan kita lupa dan alpa terhadap soal prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu,” katanya.

Views:

306
Kongsi :
Previous post Perhalusi penukaran nama Bukit St. Paul
Next post Masyarakat jangan mudah leka
Ubah saiz-+=