Zoo Melaka perlu kontena sejuk beku

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 22 Julai – Zoo Melaka memohon sumbangan orang ramai bagi membeli kontena sejuk beku baharu untuk penyimpanan lebihan bekalan makanan 500 haiwan peliharaannya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman berkata, pihaknya memerlukan kira-kira RM30,000 bagi membeli sebuah lagi kontena sejuk beku untuk menyimpan pelbagai sumbangan makanan diterima.

Shadan (kanan) menunjukkan kontena sejuk beku sedia ada tidak mampu menampung lebihan makanan yang disumbangkan di Zoo Melaka.

“Zoo Melaka menerima lapan tan makanan buat haiwan di zoo ini termasuk daging dan sayur-sayuran, namun kita terpaksa menolaknya berikutan setakat ini lima tan yang diterima menghadapi kekangan untuk penyimpanan.

“Dengan adanya kontena sejuk beku sekali gus membolehkan Zoo Melaka untuk bertahan sekitar lima hari bagi menyimpan kira-kira 500 kilogram daging dan 300 kilogram sayur-sayuran yang diperlukan.

“Selain itu, apabila kontena ini diperoleh program ‘food bank’ yang disumbangkan orang ramai ke Zoo Melaka mampu dikekalkan dan lebihan makanan yang diterima juga akan disalurkan kepada taman-taman haiwan di Melaka seperti di A Famosa Safari Wonderland,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media diadakan di Zoo Melaka, di sini hari ini.

SHADAN.

Menurut Shadan, ketika ini Zoo Melaka memiliki tiga kontena sejuk beku dan terpaksa menyewa sebuah kontena lain berkapasiti tiga tan dengan sewa RM2,000 sebulan bagi menempatkan barangan makanan yang disumbangkan.

“Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh terus ke laman Facebook Zoo Melaka untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

666
Kongsi :
Previous post Perhalusi kebenaran rentas negeri pasangan PJJ, ziarah ibu bapa – TPM
Next post PTPTN sentiasa fleksibel, prihatin terhadap peminjam-Pengerusi
Ubah saiz-+=