100 abang beca dapat bantuan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 1 Feb. – Nasib golongan pengayuh beca di negeri ini yang terjejas pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.

Pengurus restoran Asam Pedas Selera Kampung, Saharudin Mohd Nor, 53, berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu bagi memastikan kebajikan duta pelancongan negeri itu terus terbela.

Katanya, beliau simpati apabila melihat kumpulan pengayuh beca di negeri ini hilang punca pendapatan disebabkan tiada pelancong melawat ke negeri ini sejak PKP 2.0 dikuatkuasakan semula di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 13 Januari lalu.

“Peranan pengayuh beca sangat penting kerana mereka adalah sebahagian ikon pelancongan di Melaka. Menyedihkan apabila saya difahamkan mereka paling terjejas dalam tempoh ini disebabkan semua aktiviti pelancongan di kawasan tumpuan pelancong ini tidak beroperasi akibat pandemik COVID-19.

“Mereka menyara keluarga bergantung kepada upah mengayuh beca setiap hari, jika ada pelanggan yang naik maka dapatlah mereka pendapatan.

“Justeru saya berharap melalui sedikit sumbangan barangan keperluan ini dapat membantu pengayuh beca bagi meneruskan kelangsungan hidup,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika menyampaikan sumbangan itu kepada 100 pengayuh beca hari ini.

Uniknya, penyampaian bantuan dilaksanakan keluarganya menggunakan kaedah pandu lalu di restoran mereka sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pembahagian bantuan itu membabitkan tiga kumpulan penerima agihkan di kedai kami bermula jam 1 petang hingga 5 petang.

Views:

753
Kongsi :
Previous post MAIM salur bantuan Musa’adah kepada 1,000 penerima.
Next post PKPD di Penjara Sungai Udang, kuarters kakitangan Rabu ini
Ubah saiz-+=