11 projek baharu pendidikan diangkat dalam RMKe-12

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

SERI NEGERI 26 Julai – Kerajaan negeri akan mengangkat 11 projek baharu melibatkan sektor pendidikan di negeri ini dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) kata Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau yang mewakili Exco Pendidikan dan Teknologi negeri Datuk Rais Yasin berkata, kesemua projek itu bagi memastikan segala kemudahan dan kelengkapan sekolah mencukupi di negeri ini.

“Kita ada hampir 11 projek baharu yang kita akan diangkat dalam RMK-12 iaitu antaranya projek pertama Pusat Tingkatan 6 Bachang, Pusat Tingkatan 6 di Serkam dan Pusat Tingkatan 6 di Ayer Limau.

“Selain itu, ia juga membabitkan projek naik taraf bangunan daif di Sekolah Kebangsaan Sebatu, Jasi dan, menaik taraf bangunan di SJKC On Lok Jasin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Alex Seah Shoo Chin (DAP-Kesidang) mengenai perancangan kerajaan bagi pembinaan sekolah di negeri Melaka.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal berkata, 11 projek itu termasuklah membina tambahan bilik darjah serta lain-lain kemudahan di SK Kampung Tengah.

“Diikuti pembinaan bangunan baru 24 bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SMK Batu Berendam, pembinaan bangunan tamabahan 12 bilik darjah dan lain2 kemudahan di SK Kampung Telok Berembang.

“Selain membina padang permainan di SK Air Barok Jasin, padang permainan di SK Batu Berendam dan pembinaan padang permainan di SK Ayer Molek, Melaka Tengah,” katanya.

Ujarnya, kerajaan negeri juga telah membuat permohonan peruntukan kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM68.8 juta pada 7 April lalu.

“Permohonan ini bagi membina 13 buah sekolah agama baharu SRA Jabatan Agama Islam Melak (JAIM) yang diuruskan JAIM,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1370
Kongsi :
Previous post Rondaan setiap hari di perairan Melaka
Next post Surau, dewan terbuka untuk SK Jeram
Ubah saiz-+=