
1,220,939 individu lengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam
KUALA LUMPUR 10 Jun – Seramai 1,220,939 individu telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 di negara ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitternya, seramai 2,724,048 individu telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3,944,987 dos.
Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 157,671 dos diikuti Sarawak (128,648), Kuala Lumpur (113,466), Johor (113,171) dan Perak (110,610).
Program berkenaan kini dalam fasa kedua bermula April lepas hingga Ogos ini dan akan melibatkan pemvaksinan ke atas 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.
Fasa ketiga yang bermula bulan lepas hingga Februari 2022 pula melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.
Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lepas, seramai kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan menerima vaksin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MANIFESTO BN-PN: SAGUHATI UNTUK PASANGAN BAHARU BERKAHWIN
AYER KEROH 6 November - Pasangan baharu berkahwin di Melaka bakal menerima saguhati one-off bagi membantu meringankan sebahagian perbelanjaan memulakan...
MANIFESTO BN-PN: BIL AIR PERCUMA UNTUK PENGGUNA DOMESTIK BAWAH 20 METER PADU
AYER KEROH 6 November - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menawarkan kemudahan bekalan air percuma kepada pengguna domestik...
PRN MELAKA: ‘KALAU ADO KOCOMASAN ACIK ZUL PALING COPEK SAMPAI’
TABOH NANING 6 November - Meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi penggal terdahulu dibubarkan pada 23 Oktober lalu dan...
PRN MELAKA: MISI ABDUL HAKIM MAHU NOKTAHKAN ISU BANJIR MASJID TANAH
LENDU 6 November - Isu banjir yang sekian lama membelenggu penduduk sekitar Masjid Tanah terus menjadi perhatian calon Barisan Nasional...
RM2 JUTA TANGANI HAKISAN TEBING SUNGAI BERTAM ULU
SUNGAI UDANG 6 November - Peruntukan awal kira-kira RM2 juta akan disalur Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi...
PRN MELAKA: ‘TAK UNDI HELMY, BAIK BENAM KEPALA DALAM TANAH’ – DAK NOR
DUYONG 6 November - "Siapa yang tak undi YB Helmy, baik kau benam kepala dalam tanah," demikian luahan spontan 'Dak...
