
‘Ape ke hey yong, merewang pakai gelang pink’
IPOH 10 Jun – Polis sedang mengesan seorang wanita menunggang motosikal dengan dipercayai memakai gelang individu dalam pengawasan (PUS) COVID-19 di kawasan Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, di sini baru-baru ini seperti video yang tular dalam laman sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintendan Lee Swee Sake berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin.
βPolis akan mengeluarkan kompaun sekiranya didapati wanita itu benar-benar melakukan kesalahan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.
Beliau berkata wanita itu dipercayai menunggang kenderaan itu untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit dan polis sedang berusaha mengesannya menerusi penelitian rakaman video itu.
Video berdurasi sembilan saat itu tular menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan seorang wanita menunggang motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam, yang dirakam orang awam selepas melihat perbuatan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: BN-PN MAHU MELAKA JADI HAB TVET NASIONAL
AYER KEROH 6 November - Melaka menyasarkan untuk muncul sebagai hab Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) nasional menerusi...
PRN MELAKA: BN-PN MAHU MEMBINA MASA DEPAN MELAKA, MEMAKMURKAN NEGARA
AYER KEROH 6 November - Sebanyak 113 inisiatif merangkumi enam teras utama ditawarkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN)...
PRN MELAKA: RAKYAT NILAI JANJI, BUKAN SEKADAR TAWARAN MEMIKAT TELINGA – AB RAUF
AYER KEROH 6 November - Rakyat Melaka perlu menilai setiap tawaran manifesto berdasarkan keupayaannya menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang dan memberikan...
PRN MELAKA: MANIFESTO BN-PN PASTIKAN ‘NO ONE IS LEFT BEHIND’
AYER KEROH 6 November - Prinsip 'No One Is Left Behind' atau tiada sesiapa yang tercicir menjadi antara asas utama...
PRN MELAKA: KEBAJIKAN RAKYAT SEPANJANG HAYAT JADI KEUTAMAAN BN-PN
AYER KEROH 6 November - Kebajikan rakyat daripada peringkat kelahiran hingga ke penghujung usia menjadi antara keutamaan manifesto Barisan Nasional...
PRN MELAKA: BN-PN TAWAR PENTADBIRAN LEBIH DEKAT DENGAN RAKYAT
AYER KEROH 6 November - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) akan diteruskan di kesemua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri...

