13 Gerbang Pantun di pintu masuk utama Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 6 Mac – Kerajaan Negeri menempatkan sebanyak 13 Gerbang Pantun di 13 lokasi pintu masuk utama Melaka bagi pengunjung atau pelancong yang bertandang ke negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata inisiatif itu bagi mempertahan dan melestarikan budaya tradisional berpantun untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

“Lokasi pantun berkenaan adalah di persimpangan masuk Padang Keladi bagi kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

“Kawasan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ialah di Bulatan Simpang Ampat, jambatan Kuala Linggi, Bulatan Lubok Cina, persimpangan Tebong, persimpangan Kendong, persimpangan Kuala Ina dan Pulau Sebang,

“Manakala bagi kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) ialah Bandar Jasin Bestari, Tol Jasin, Pekan Umbai, Lebuhraya Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) Sungai Rambai, Asahan dan Simpang Bekoh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Leng Chau Yen (PH-Bandar Hilir) mengenai Gerbang Pantun Melaka pada hari kedua Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan laman sesawang Gerbang Pantun Melaka bagi merealisasikan hasrat melestarikan budaya berpantun di negeri ini.

“Budaya ini perlu diangkat supaya ia dapat diwarisi generasi akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

566
Kongsi :
Previous post TMM2024: Program keagamaan sepanjang Mac
Next post Terbit buku pantun himpun seni, warisan Melaka
Ubah saiz-+=