Terbit buku pantun himpun seni, warisan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 6 Mac – Buku Pantun Melaka yang menghimpunkan pelbagai koleksi pantun akan diterbitkan bagi rujukan kepada pengunjung, pelancong dan rakyat Melaka tentang warisan dan seni di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata setakat ini buku pantun berkenaan dalam proses suntingan akhir oleh pihak Institut Tun Perak (ITP) sebelum ia dibukukan.

“ITP dalam proses suntingan akhir untuk menerbitkan buku pantun Melaka yang akan menjadi rujukan kepada pengunjung, pelancong dan rakyat Melaka.

“Buku ini untuk melihat seni dan budaya Melaka, sudah tentu ia akan menjadi warisan pantun yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada masa hadapan.

“Kerajaan Negeri juga mengambil inisiatif menyemarakkan nilai warisan pantun ini dengan menaikkan ‘banner’ (kain rentang) di setiap kampung hasil inisiatif penganjuran Satu Kampung, Satu Pantun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Leng Chau Yen (PH- Banda Hilir) mengenai penerbitan buku pantun Melaka pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ab Rauf menggalakkan semua lapisan masyarakat supaya mengakses laman sesawang Gerbang Pantun Melaka bagi mendapatkan maklumat mengenai pantun-pantun yang dihimpunkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

483
Kongsi :
Previous post 13 Gerbang Pantun di pintu masuk utama Melaka
Next post 14 pintu masuk Melaka berwajah baharu, lebih ceria
Ubah saiz-+=