141,089 murid, pelajar Melaka mula bersekolah hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PAYA RUMPUT 20 Mac – Seramai 141,089 murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah di seluruh Negeri Melaka memulakan hari pertama sesi persekolahan akademik sesi 2023/2024 hari ini,

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi, negeri Datuk Rais Yasin berkata secara keseluruhan jumlah itu membabitkan 316 sekolah rendah dan menengah seluruh Melaka.

Katanya mengikut pecahan pula ia membabitkan seramai 60,577 pelajar sekolah menengah dan 80,512 murid sekolah rendah.

“Jumlah itu turut melibatkan semua pelajar tingkatan satu di ketiga-tiga daerah di negeri ini, iaitu Melaka Tengah seramai 3,757 pelajar, Alor Gajah (1,732) dan Jasin (1,744).

“Bagi murid tahun satu pula di daerah Melaka Tengah seramai 4,906, Alor Gajah (1,506) dan Jasin (1,337). Jumlah ini tidak termasuk murid mengikuti pendidikan awal kanak-kanak di prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang membabitkan 5,290 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan sempena Hari Pertama Persekolahan Sesi Akademik 2023/2024 yang bertemakan ‘Gembira Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kerubong, di sini, hari ini.

Rais berkata setakat ini seramai 13,892 guru menjadi tenaga pengajar di Negeri Melaka yang mana 7,973 daripadanya bertugas di sekolah rendah.

“Sementara itu seramai 5,919 guru pula mengajar di sekolah menengah, diharap semua guru-guru ini bersemangat waja untuk memastikan anak-anak ini dapat diberikan didikan dengan baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1702
Kongsi :
Previous post DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Next post Bukan semua sekolah rendah di Melaka padat – Exco
Ubah saiz-+=