
145 mangsa banjir di Melaka masih berada di PPS
MELAKA, 30 Okt – Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah dan Melaka Tengah berkurangan kepada 145 orang daripada 37 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 146 orang daripada 41 keluarga semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan di Alor Gajah, PPS Balai Raya Kampung Gadek menempatkan 24 orang daripada sembilan keluarga manakala PPS Balai Raya Kampung Belimbing menempatkan 21 orang daripada tujuh keluarga.
“Di Melaka Tengah pula, PPS Sekolah Kebangsaan Krubong menempatkan 100 orang daripada 21 keluarga,” menurut kenyataan itu.
Antara kawasan terjejas banjir di Alor Gajah adalah Kampung Gadek, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin dan Kampung Pulau manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis dan Kampung Tanah Merah.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENDIDIKAN JADI ASAS LAHIR PEMIMPIN PELAPIS MASA DEPAN MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Kecemerlangan pendidikan menjadi antara asas penting dalam melahirkan barisan pemimpin pelapis bagi menerajui Melaka pada...
MENARA TAMING SARI TARIK SEGMEN PELANCONG BERBEZA
BANDA HILIR 25 September - Menara Taming Sari berjaya menarik segmen pelancong dan pengunjung baharu yang mempunyai minat khusus terhadap...
‘JENGGO’ LUBOK CHINA LAIN DARIPADA YANG LAIN
AYER LIMAU 25 September - Udang galah yang menjadi antara hasil sungai utama di Lubok China bukan sahaja membantu menjana...
LAMA MENYEPI, IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA BANGKIT JADI JUARA DEBAT
SERI NEGERI 25 September - Selepas sekian lama menyepi daripada arena debat, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka membuat...
PENDIDIKAN ANAK MUDA TIDAK TERHENTI DI BILIK KULIAH – AB RAUF
SERI NEGERI 24 September - Pendidikan dan pembangunan generasi muda tidak seharusnya terhad di bilik kuliah, sebaliknya perlu dilengkapi ruang...
ILMU PESARA JADI PENYULUH GENERASI BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka disaran terus menyumbang ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan kepada generasi penjawat...
