
15 bot percuma di Sungai Melaka
BANDARAYA MELAKA 20 Februari – Melaka River Cruise menyediakan sebanyak 15 buah bot sempena tawaran kemasukan percuma, hari ini.
Ia bersempena cuti umum Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang jatuh pada 20 Februari.
Melaka River Cruise memaklumkan, terdapat tiga buah jeti disediakan untuk orang ramai iaitu di Taman Rempah, Dataran Pengkalan Rama dan Muara Sungai Melaka.
“Kesemua jeti menyediakan lima buah bot yang mana setiap bot boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa.
“Untuk satu trip di setiap jeti, ia boleh membawa seramai 200 orang dan setiap trip dijangka mengambil masa 45 minit pergi dan balik,” kata jurucakap Melaka River Cruise.
Untuk rekod, tawaran percuma ini sah bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
