165 pelajar KYS kuasai kursus asas selam skuba

Masa Membaca:58 Saat

BESUT 11 Oktober – Seramai 165 pelajar Tingkatan 4 Kolej Yayasan Saad (KYS) Melaka telah menyertai kursus Asas Selam Skuba (DSD) diadakan di sebuah resort di Pulau Perhentian Besar, baru-baru ini.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan, kursus asas diadakan selama lima hari telah mendedahkan pelbagai penekanan termasuk prosedur operasi standard (SOP) asas penyelaman dikendalikan jurulatih bertauliah daripada Persatuan Pengajar Selam Profesional (PADI).

Katanya, kursus asas diadakan terbabit merupakan sebahagian daripada program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mendapat pengiktirafan daripada badan antarabangsa, The Duke of Edinburgh’s International Award.

“Hanya 24 orang pelajar yang dibenarkan untuk menyertai kursus ini pada satu-satu masa dikendalikan seramai sembilan tenaga pengajar, tiga `dive master’ dan dua `safety surface assistant’ skuba daripada East Divers Malaysia terbabit dalam program ini.

“Sepanjang program, seramai lima pegawai pemegang lesen penyelamat antarangsa (ILS) dan seorang jurulatih kayak memantau aktiviti peserta di dalam air.

“Terdapat juga beberapa aktiviti lain yang dijalankan sepanjang program ini. Antaranya, kemahiran asas berkayak, latihan asas menyelamat di laut, `snorkeling’, `jungle trekking’ dan khidmat masyarakat mengecat dinding dewan resort penginapan yang disediakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1046
Kongsi :
Previous post Ini Warisan Kita platform terbaik kekal khazanah dan budaya Melaka
Next post Bukit Rambai, Larkin catat bacaan IPU tidak sihat
Ubah saiz-+=