Suami, isteri sarat mengandung maut dirempuh

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

ALOR GAJAH – Seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan dan suaminya maut apabila motosikal Yamaha dinaiki pasangan itu dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Bukit Merchat, Pulau Sebang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi, mangsa Mohd Hairawi Mat Rezam, 36 yang bekerja sebagai tukang masak membonceng isterinya, Nur Ain Kamarulzaman, 36 untuk ke Hospital Melaka kerana mempunyai temu janji dengan pakar orthopedic.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta terbabit yang dipandu, Goh Wang Ann, 34, hilang kawalan setiba di lokasi kejadian dan berpusing sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Menurutnya, dalam masa sama motosikal mangsa melalui jalan itu gagal mengelak dan berlaku pelanggaran.

“Impak kejadian itu, suami mangsa Mohd Hairawi mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin selain kandungannya juga gagal diselamatkan.

“Siasatan di lokasi kejadian, terdapat kesan serpihan dan tumpahan minyak di tempat tersebut, selain cuaca baik, dan kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasatan dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Views:

1615
Kongsi :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous post Ragbi: Cabaran besar menanti skuad Rimau 7s
Next post Rakyat yakin dengan usaha kerajaan memerangi wabak COVID-19 – UIAM
Ubah saiz-+=