223 usahawan tani Jasin terima bantuan pertanian

Masa Membaca:57 Saat

JASIN 2 September – Seramai 223 usahawan tani bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Jasin menerima bantuan input pertanian berjumlah kira-kira RM2,266,011.96.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, bantuan itu merangkumi peralatan jentera kecil serta input-input pertanian lain.

“Tujuan program ini adalah untuk mengalakkan lebih ramai orang Melaka menceburi bidang pertanian, sekali gus meningkatkan pengeluaran hasil di negeri ini.

“Ini juga bertujuan menyokong usaha kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan negara. Kita serius mahu melihat sektor pertanian yang juga salah satu sumber ekonomi Melaka berkembang lebih pesat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Hari Ladang dan Program Pertanian Bandar Peringkat Daerah Jasin Tahun 2023 di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Selandar, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan; Pengarah Pertanian Negeri Melaka, Rozli Azizi Talib dan Pegawai Daerah Jasin, Datuk Rahizi Ranom.

Dr. Muhamad Akmal berkata, insentif dan peluang diberikan diharap dapat memberi suntikan baharu kepada usahawan yang terlibat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2073
Kongsi :
Previous post Aplikasi ‘Smart Farming’ elak orang tengah – Exco
Next post Pengilang padi, pemborong beras diminta tingkat bekalan 20 peratus, langkah pulih bekalan di pasaran
Ubah saiz-+=