2,600 pin Touch’n Go RM20 percuma diagihkan

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDA HILIR 20 Februari – Sebanyak 2,600 pin tambah nilai Touch’n Go RM20 percuma telah diagihkan kepada orang ramai yang hadir memeriahkan sambutan Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke-68, hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata, menerusi Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) Tourism peluang itu dibuka kepada orang ramai di kaunter disediakan sejak jam 6 petang tadi.

Katanya, ReDI Tourism telah memperuntukkan lebih RM40,000 menerusi insiatif terbabit dan Melaka merupakan negeri pertama menerima manfaat terbabit untuk diagihkan kepada orang ramai.

“Menerusi inisiatif ReDI Tourism ia akan diperuntukkan kepada mana-mana negeri di Malaysia yang menjalankan sambutan Tahun Melawat negeri masing-masing untuk memeriahkan lagi sambutan berkenaan.

“Insiatif ini sekali gus mampu menggalakkan rakyat Malaysia menuju kepada amalan sistem tanpa tunai dalam urusan jual beli.

“Sambutan hari ini begitu menggalakkan dan ia bersifat ‘first come first serve’ dan setakat 6 petang tadi lebih 600 pengunjung hadir tidak melepaskan peluang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan lawatannya di kaunter disediakan pada sambutan itu berlangsung di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir.

Tambah Norena, pin berjumlah RM20 boleh ditebus di aplikasi Touch’n Go dan mempunyai tempoh sah laku selama dua bulan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

472
Kongsi :
Previous post PTHM kenal pasti 40 lokasi baharu bina stesen cas kenderaan elektrik
Next post Melaka cipta semula memori 20 Februari 1956
Ubah saiz-+=