
3 TAN JAMBU MELAKA UNTUK PENGUNJUNG SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2025
AYER KEROH 5 April – Sebanyak tiga tan jambu lohan yang merupakan produk ikonik Negeri Melaka dijamu kepada tetamu Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
Jambu tersebut dibawakan khas dari ladang di Pulau Gadong oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Melaka.
Pengarah FAMA Melaka Nor Azhar Abdul Hamid berkata, selain jambu lohan, pelbagai lagi buah-buahan tempatan turut disediakan seperti nangka, tembikai dan lain-lain lagi.
“Di pihak FAMA kita komited untuk terus mempromosikan buah-buahan tempatan, oleh sebab itu kita membawanya pada sambutan Aidilfitri ini untuk dijamukan kepada tetamu yang hadir,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Nor Azhar, sepanjang Syawal, program Jualan Agro MADANI FAMA akan diteruskan bagi membolehkan rakyat membeli pelbagai barangan keperluan pada harga lebih rendah.
“Setakat Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 24 Jualan Agro MADANI telah dianjurkan di seluruh Negeri Melaka, selain kita turut menganjurkan pelbagai program khas sempena musim perayaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF ‘HADIAH’ ISTIMEWA BUAT AB RAUF
AYER KEROH 23 September - Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat...
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...
LAGA BADAI SELAT MELAKA HIMPUN LEBIH 500 PESILAT
TANJUNG BIDARA 23 September - Lebih 500 pesilat dari pelbagai perguruan dalam dan luar negara menyemarakkan penganjuran Laga Badai Selat...
BANGGA KAMPUNG PULAU SEMAKIN DIKENALI SELEPAS ANAK JATI TERAJUI MELAKA
TANJUNG BIDARA 23 September - Jika dahulu Kampung Pulau sekadar sebuah perkampungan biasa yang tidak begitu dikenali, kini namanya semakin...
CADANGAN BERHUBUNG IPD HANG TUAH JAYA SUDAH DIANGKAT KE BUKIT AMAN
SERI BENDAHARA 23 September - Cadangan penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu dalam kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya sudah diangkat...
