33 pengkalan nelayan Melaka bakal miliki stor simpan peralatan – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI 26 Julai – Kerajaan negeri akan memastikan kesemua 33 jeti nelayan di seluruh Melaka mempunyai stor penyimpanan peralatan.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Nelayan merancang akan mewujudkan stor untuk setiap pengkalan nelayan dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, buat tempoh di Melaka hanya terdapat 15 sahaja stor penyimpanan peralatan di 15 pengkalan nelayan

“Di daerah Melaka Tengah terdapat tiga yang mempunyai stor penyimpanan peralatan, diikuti masing-masing enam stor di Jasin dan Alor Gajah menjadikan kesemua yang mempunyai stor adalah 15 pangkalan.

“Justeru itu kerajaan melalui peruntukan Tabung Amanah Nelayan akan membina stor penyimpanan yang berbaki lagi dalam masa tiga tahun lagi.

“Kerajaan negeri merancang kesemua 33 pengkalan atau jeti nelayan akan wujudkan stor simpanan untuk peralatan menangkap ikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawan soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi) pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak dua stor penyimpanan dalam pembinaan iaitu di Pangkalan Nelayan Umbai, Jasin dan Pangkalan Nelayan Balik Batu, Masjid Tanah dengan menggunakan Tabung Amanah Nelayan.

“Selain itu sebanyak RM4.4 juta diperuntukkan untuk tempoh 2021 hingga 2022 dan daripada itu sebanyak RM3.2 juta diperuntukkan bagi Kuala Linggi untuk baik pulih nelayan dan sebagainya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1105
Kongsi :
Previous post Selepas hilang 10 bulan, Muhammad Iman ‘pulang’, selamat dikebumikan
Next post Rondaan setiap hari di perairan Melaka
Ubah saiz-+=