356 lokasi sembelihan korban diluluskan

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 19 Julai – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Melaka meluluskan 356 lokasi sembelihan sementara bagi tujuan korban sempena Hari Raya Aidiladha.

Pengarahnya, Dr Aidi Mohamad berkata, jumlah lokasi itu diputuskan selepas menerima 443 permohonan daripada pelbagai institusi termasuk masjid dan surau serta ladang persendirian bagi melakukan ibadah itu.

Katanya, daripada jumlah itu JPV negeri meluluskan 166 permohonan daripada ladang manakala 174 lagi permohonan masjid dan surau serta 16 daripada pelbagai institusi lain.

“Ini menjadikan keseluruhan permohonan yang diluluskan sebanyak 356, dengan 120 permohonan di daerah Melaka Tengah, 110 di daerah Alor Gajah dan 117 di daerah Jasin.

“Kelulusan lokasi sembelihan sementara itu diputuskan menerusi garis panduan pelaksanaan ibadah korban negeri yang termaktub dalam pekeliling Jabatan Mufti Negeri.

“Perkara itu turut diputuskan menerusi hasil mesyuarat Jawatankuasa Khas COVID-19 yang memberi kelonggaran syarat kelulusan tempat sembelihan sementara di masjid dan surau,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Menurut beliau, daripada keseluruhan permohonan itu, 87 tidak diluluskan atas sebab-sebab tertentu.

“Antaranya termasuk menerima permohonan daripada premis persendirian, yang mana ia tidak dibenarkan menjadi lokasi sembelihan korban sebagaimana diputuskan dalam prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Selain itu, premis tidak mematuhi syarat minimum veterinar dengan lokasi sembelihan tidak sesuai untuk menjalankan ibadah itu termasuk tidak mempunyai tiang untuk mengikat ternakan, tiada tempat saliran darah selain lokasi sempit serta tiada ruang rehat untuk ternakan serta tidak mempunyai pengurusan sisa yang baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

888
Kongsi :
Previous post Al-Sultan Abdullah titah acara, sambutan ulang tahun keputeraan ditangguh- SUK Pahang
Next post ‘Sambut Aidiladha secara sederhana’ – KM
Ubah saiz-+=