Sorting by

×

4 TANAH PERKUBURAN MELAKA SEDANG JALANI TRANSFORMASI KUBUR DIGITAL

Masa Membaca:55 Saat

SERI NEGERI 27 April – Sebanyak empat tanah perkuburan bakal menjadi perintis kepada inisiatif Kubur Digital yang sedang dibangunkan Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu merupakan satu pendekatan inovatif dalam memudahkan waris mengesan lokasi tanah perkuburan ahli keluarga dengan lebih mudah dan sistematik.

Jelas beliau, sebagai permulaan, empat tanah perkuburan itu sedang dalam proses pengumpulan maklumat serta mengenal pasti waris.

“Tanah perkuburan terlibat adalah Kampung Hilir iaitu sebanyak 427 kubur dan 319 kubur di Kampung Seri Tambak.

“Selain itu, sebanyak 479 kubur membabitkan Tanah Perkuburan Kampung Seri Jeram dan Kampung Pulau Tengah membabitkan 427 kubur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai inisiatif Kampung Digital, Ketua Menteri berkata, setakat ini sebanyak lebih 82,000 kediaman dan premis berdaftar telah ditransformasikan.

Pada masa sama, kata beliau, sebanyak 5,535 keping MyKad telah dikeluarkan dengan alamat kampung digital yang baharu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

289
Kongsi :
Previous post MELAKA SALUR PERUNTUKAN TAMBAHAN JIKA EKONOMI GLOBAL SEMAKIN PARAH – KM
Next post MELAKA INDUSTRIAL BOOSTER PERCEPAT KELULUSAN 39 PROJEK BERNILAI RM400 JUTA