40 tahun tak jumpa, alumni SMKA Sultan Muhammad gamit memori zaman sekolah
BATU BERENDAM 21 Januari – Setelah 40 tahun meninggalkan alam persekolahan, alumni Sultan Muhammad Ex Student Association (SMEXSA) berjumlah kembali bagi mengimbau kenangan di sekolah berkenaan.
Ketua Penyelaras Program SMEXSA Back To School, Ahmad Fairus Taib berkata, meskipun alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Muhammad itu kini sudah berusia 56 tahun namun memori ketika zaman remaja masih segar dalam ingatan mereka.
“Berpuluh tahun tidak berjumpa, kali ini kami bawa alumni ‘batch’ (kumpulan) tahun 1979 dan 1987 untuk bersama-sama berkongsi kisah hidup mereka sekarang.
“Ada yang sanggup datang dari Perak dan Kelantan hanya semata-mata untuk berjumpa rakan-rakan. Perjumpaan ini membawa seribu makna bagi kami yang kemudian membawa haluan sendiri selepas ke menara gading.
“Sebab itu kita wujudkan SMEXSA sejak 13 tahun lalu. Mewujudkan medium menghubungkan silaturahim antara alumni,” katanya ketika dihubungi MHI.
Pada program itu seramai 100 alumni SMKA Sultan Muhammad bersama 12 bekas guru hadir bagi memeriahkan suasana program yang diadakan di Dewan Besar SMKA Sultan Muhammad, Sabtu lalu.
Turut hadir Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil yang juga alumni SMEXSA.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAYAT LELAKI DALAM BAGASI DISYAKI WARGA ASING – POLIS
KUALA LUMPUR 11 Disember - Mayat lelaki yang ditemukan dalam sebuah bagasi di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang...
CABARAN JORAN MELAKA TAWAR HADIAH RM30K
AYER KEROH 11 Disember - Kaki pancing dipelawa untuk menyertai Cabaran Joran Melaka yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah...
ROTI CANAI, TEH TARIK 50 SEN DI RESTORAN HABEEB SULTAN
BUKIT BARU 11 Disember - Cuma belanja RM1, pelanggan berkunjung ke Restoran Habeeb Sultan, Bukit Baru boleh menikmati teh tarik...
51 LAPORAN PENIPUAN FOREX LIBATKAN KERUGIAN LEBIH RM12 JUTA
KUALA LUMPUR 11 Disember - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima 51 laporan polis berhubung skim penipuan pelaburan...
POLIS CARI PELANCONG CHINA YANG HILANG DI KLCC SEJAK AHAD
KUALA LUMPUR 11 Disember - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang sejak...
SUMBANGAN MAKMURKAN MADRASAH
AYER KEROH 11 Disember - Kemudahan bagi keselesaan orang ramai di institusi ilmu dan ibadat di negeri ini turut mendapat...