ADUAN RAKYAT JADI ‘PETA’ KERAJAAN NEGERI PACU MELAKA – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TANJUNG BIDARA 18 September – Aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini menjadi antara sumber penting Kerajaan Negeri dalam mengenal pasti keperluan sebenar masyarakat di peringkat akar umbi.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setiap aduan yang dikemukakan rakyat memberikan gambaran jelas mengenai kawasan memerlukan perhatian termasuk aspek kebajikan, kemudahan awam dan perumahan.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, pada program penutup WRUR peringkat Negeri Melaka itu maklumat yang dikumpulkan membolehkan Kerajaan Negeri mengetahui lokasi yang memerlukan intervensi serta menyusun keutamaan berdasarkan keperluan rakyat.

“Jadi kita tahu di mana jalan rosak, di mana yang memerlukan perhatian. Aduan-aduan ini menjadi panduan Kerajaan Negeri dalam memacu pembangunan Melaka pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT) yang menjadi penutup WRUR peringkat Negeri Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Ab Rauf berkata, telah terbukti bahawa WRUR adalah medium berkesan mendengar semua keresahan dan aduan yang kemudian diperhalusi untuk disantuni seterusnya diambil tindakan.

Program WRUR sebelum ini turut merekodkan ribuan aduan di seluruh Melaka dengan sebahagian besar daripadanya telah diselesaikan, menunjukkan penekanan Kerajaan Negeri terhadap tindakan susulan terhadap aduan rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

268
Kongsi :
Previous post LAMPU ISYARAT BAHARU LEGAKAN PENDUDUK PENGKALAN BALAK
Next post MURID SK LUBOK REDAN TERUJA ‘UJI NASIB’ JAWAB SOALAN SPONTAN TOK RAUF