
569 GRADUAN KOLEJ KOMUNITI MELAKA BAKAL DIRAI 3 OGOS INI
AYER KEROH 31 Julai – Seramai 569 graduan daripada enam buah Kolej Komuniti di Negeri Melaka bakal diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Melaka Tahun 2025.
Majlis yang berlangsung di Grand Ballroom Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada 3 Ogos itu diadakan sebanyak dua sidang bagi meraikan graduan dari tahun 2022 sehingga 2024.
Majlis perasmian gilang-gemilang dan berprestij itu akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato’ Dr. Mohd Zahari Ismail yang juga akan menyampaikan skrol kepada graduan pada sidang pertama.
Manakala sesi sidang kedua akan disempurnakan Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah.
Pada majlis itu, sebanyak tiga anugerah kecemerlangan turut disampaikan iaitu Anugerah Pelajar Cemerlang, Anugerah Keusahawanan dan Anugerah Ketua Pengarah.
Kolej Komuniti Melaka dianggotai enam insitusi pengajian tinggi (IPT) Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu Kolej Komuniti Selandar, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Kolej Komuniti Jasin, Kolej Komuniti Tangga Batu dan Kolej Komuniti Kota Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ PERKEMAS GERAK KERJA 2026 DEMI PERKHIDMATAN TERBAIK UNTUK WARGA JASIN
JASIN 4 Februari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melaksanakan Bengkel Perancangan Sasaran Kerja Utama (SKU) 2026 bagi merangka hala tuju...
MAIM JELAJAH 28 DUN SALUR BANTUAN RAMADAN, SYAWAL
TELOK MAS 3 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menjelajah ke kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam...
IFTAR MEGA ‘ALA DULU-DULU’, KACAU DODOL WARNAI PELANCONGAN MELAKA SEMPENA RAMADAN
TELOK MAS 3 Februari - Sektor pelancongan Melaka akan terus hidup sepanjang Ramadan menerusi pelbagai penganjuran program berkonsep kerohanian, budaya...
KEBAKARAN TERBUKA DI MELAKA MELONJAK LIMA KALI GANDA
BUKIT KATIL 3 Februari – Kes kebakaran terbuka di Melaka mencatat lonjakan hampir lima kali ganda dengan 285 kes direkodkan...
476 KELUARGA ASNAF TELOK MAS TERIMA SUMBANGAN RAMADAN, SYAWAL
TELOK MAS 3 Februari - Seramai 476 keluarga asnaf fakir dan miskin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas menerima...
PEKERJA KILANG MAUT SELEPAS HANTAR ISTERI KE TEMPAT KERJA
DUYONG 3 Februari – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang mengubah laluan secara mengejut di...
