75 murid, pelajar tak dapat ke sekolah kerana banjir

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

PAYA RUMPUT 10 Jan – Seramai 75 murid dan pelajar sekolah di negeri ini tidak dapat menjalani sesi persekolahan hari ini kerana masih terjejas dengan banjir di kawasan masing-masing.

Exco Pendidikan Negeri Datuk Rais Yasin berkata, jumlah itu merangkumi seramai 44 murid sekolah rendah dan 31 pelajar sekolah menengah di daerah Jasin.

Menurutnya, kesemua mereka masih ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat, SK Parit Penghulu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai.

“Kesemua yang masih berada di PPS akan menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian.

“Jika ada di antara mereka berdepan kesukaran PdPR, kita akan terus membantu dan saya akan mengadakan lawatan dan pematauan di PPS bagi melihat keperluan anak-anak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan hari pertama persekolahan di SK Tanjung Minyak, hari ini.

RAIS

Rais berkata, buat masa ini mangsa banjir di negeri ini hanya melibatkan murid dan pelajar sekolah sahaja dan tidak melibatkan guru.

“Sebelum ini ada 10 guru yang terjejas dengan banjir, tetapi kesemua mereka telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir pulih,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

631
Kongsi :
Previous post Pengurangan cukai taksiran 10 peratus bantu PBT Melaka – Shadan
Next post ‘Kalau tiada penghargaan sekalipun, saya tetap ikhlas bantu’ – Abang Viva
Ubah saiz-+=