80 kes kematian babitkan pesakit COVID-19 sudah divaksin – Rahmad

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SERI NEGERI 23 Sept. – Kerajaan negeri merekodkan sebanyak 80 kes kematian yang berlaku membabitkan pesakit COVID-19 yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Exco Kesihatan Datuk Rahmad Mariman berkata bagaimanapun setakat ini tiada kes kematian yang didakwa berpunca daripada vaksin diterima.

“Untuk makluman yang meninggal dunia kerana mengambil vaksin memang tidak ada.

“Tetapi yang meninggal dunia kerana COVID-19 selepas mengambil vaksin ada, Di Melaka ada 80 kes berlaku meninggal dunia selepas mengambil vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan penangguhan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas di Seri Negeri, hari ini.

Terdahulu Datuk Dr. Wong Fort Pin (DAP-Bemban) bertanyakan Rahmad mengenai individu yang meninggal dunia disebabkan vaksin COVID-19 pada sesi pertanyaan-pertanyaan mulut pada pagi tadi.

Dalam pada itu Rahmad berkata setakat hari ini kerajaan negeri tiada data yang menerima pampasan berkaitan kematian COVID-19.

“Tapi kita ada data jumlah yang memohon pampasan berdasarkan waris yang membawa borang ke forensik untuk pengesahan iaitu sebanyak 788 orang.

“Dan borang ini waris sendiri yang hantar kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan dibayar terus kepada mereka.

“Melalui semakan saya menerusi laman web rasmi NADMA, sehingga 31 Ogos sebanyak 16,722 permohonan telah pun lulus bayaran telah dibuat melibatkan lebih RM22 juta di seluruh negara,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

385
Kongsi :
Previous post Kembar tiga terima vaksin hari ini
Next post Isu abu mayat penganut Hindu akan diselesai segera – KM
Ubah saiz-+=