
85 jemaah haji dirai
RIM 23 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim meraikan seramai 85 jemaah yang bakal menunaikan haji di Masjid Kelubi Jasin, baru-baru ini.
Datuk Khaidhirah Abu Zahar mendoakan agar kesemua jemaah berkenaan mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan pulang.
“Saya doakan semua bakal Haji dan Hajjah selamat pergi dan pulang serta mendapat haji yang mabrur.
“Ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan buat pihak Jabatan Komunikasi Komuniti, J-KOM atas sumbangan serta kehadiran.
“Sesungguhnya rakan RIM saya sangat bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya baru-baru ini.
Turut hadir meraikan jemaah haji itu adalah Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan ADUN Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
