90 peratus petugas barisan hadapan Melaka selesai terima dos penggalak

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 28 Okt. – Kira-kira 90 peratus daripada 25,000 petugas barisan hadapan di negeri ini telah menerima suntikan vaksin dos penggalak (booster) yang dilaksanakan bermula 24 Oktober lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, biarpun pengambilan dos penggalak tidak diwajibkan, namun mereka yang mempunyai kadar imunisasi rendah perlu mendapatkannya bagi perlindungan diri.

“Bukti kajian terbaru menunjukkan terdapat pengurangan dalam keberkesanan vaksin dan tindak balas sistem imunisasi terhadap virus Sars-COVID ini dan jangkitan COVID-19 di kalangan individu yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah.

“Dos yang ketiga ini tidak wajib, kalau imunisasi rendah dia boleh dapatkan termasuk juga kakitangan awam serta rakyat biasa di luar sana.

“Di Melaka kita ada 25,000 ‘frontliner’, saya rasa 90 daripada mereka telah lengkap dos penggalak ini, bagi mereka yang ingin menunaikan umrah atau haji boleh dapatkan dos ini di klinik kesihatan atau swasta yang berhampiran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perluasan Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Dengan Pemberian Dos Tambahan dan Dos Penggalak di Dewan Seri Negeri, di sini hari ini.

Terdahulu Sulaiman, Exco Kesihatan, Datuk Rahmad Mariman dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Wira Sazali Muhd Din turut menerima suntikan dos penggalak tersebut.

RAHMAD dan Sazali turut menerima suntikan dos penggalak, hari ini.

Pada program berkenaan, seramai 234 kakitangan penjawat awam Seri Negeri turut menerima dos tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

344
Kongsi :
Previous post BN dikompaun RM10,000 langgar SOP
Next post Calon baharu dan muda disenangi pengundi
Ubah saiz-+=