91 peratus manifesto Kerajaan Negeri sudah dilaksanakan – KM

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

ALOR GAJAH 3 November – Kerajaan Negeri berjaya mencapai sebanyak 91 peratus manifesto atau aku janji satu tahun pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021 setakat ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata atas pencapaian itu beliau yakin sehingga 20 November ini segala manifesto yang dijanjikan itu akan lengkap secara keseluruhannya.

“Untuk makluman semua, pencapaian semasa bagi keseluruhan manifesto atau aku janji Kerajaan Negeri adalah sebanyak 91 peratus telah pun kita laksanakan dalam tempoh setakat ini.

“Dan yang lain-lain pun insya-Allah akan ‘complete’ (lengkap) pada 20 November ini seperti mana PRN tempoh hari (iaitu) pada 20 November 2021, maka genaplah setahun pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Saya yakin ada beberapa peratus lagi akan lengkap semua iaitu 100 peratus aku janji atau manifesto kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan dewan terbuka di Kampung Orang Asli Bukit Payung di sini, hari ini.

photo_2022-11-03_12-12-56
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali beramah mesra bersama penduduk Orang Asli Bukit Payung ketika mengadakan lawatan di tapak dewan terbuka di Kampung Orang Asli Bukit Payung, Alor Gajah. Turut bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Md Zin dan calon Barisan Nasional (BN) Masjid Tanah, Abdul Halim Abdul Wahid. Foto Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin dan bakal calon Barisan Nasional (BN) Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid.

Pada PRN Melaka tahun lalu, Kerajaan BN melancarkan manifesto bertemakan ‘Kesatabilan Demi Kemakmuran’ yang mengandungi 103 inisiatif dan lima teras merangkumi kestabilan politik, lonjakan ekonomi baharu, kecekapan tadbir urus, masyarakat bersatu padu serta pembangunan mapan dan perkongsian kemakmuran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1770
Kongsi :
Previous post Mangsa kebakaran lega terima bantuan
Next post Kota Tinggi dilanda banjir kilat, selepas Segamat
Ubah saiz-+=