Mangsa kebakaran lega terima bantuan

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

MACHAP 3 November – “Syukur sangat apabila kejadian yang menimpa kami mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Beliau amat prihatin terhadap nasib penduduk setempat,” itu kata mangsa kebakaran rumah kedai di Felda Tun Ghaffar Hutan Percha, Mohd Fitri Roslan.

Mohd Fitri, 45, berkata, dalam kejadian pada 20 September lalu, unit kedai disewanya yang dijadikan sebagai premis persiapan barang jualan hangus terbakar menyebabkan dia kerugian kira-kira RM30,000.

“Akibat kebakaran itu, tiga buah motosikal dan peralatan memasak termasuk barangan basah untuk jualan terbakar. Disebabkan ketika itu tiada orang di premis, jadi satu barang pun tidak dapat diselamatkan.

“Saya dan isteri memang terkesan kerana semua peralatan memasak nasi ayam kami rosak akibat kebakaran sehingga kuantiti jualan dikurangkan berbanding sebelum ini,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan yang disampaikan Adun Machap Ngwe Hee Sem di Bilik Gerakan Machap, di Ayer Pasir.

Peniaga nasi ayam itu berkata, dengan sumbangan dan bantuan yang diterima daripada agensi terbabit dan kerajaan negeri, secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban mangsa yang terlibat dengan kebakaran itu.

“Sudah pasti dengan kejadian menimpa menjejaskan pendapatan dan kami juga perlu mengeluarkan modal lain untuk membeli peralatan baharu, jadi dengan sumbangan ini dapat membantu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1589
Kongsi :
Previous post Dewan terbuka Orang Asli bukti Kerajaan Negeri tunai janji – KM
Next post 91 peratus manifesto Kerajaan Negeri sudah dilaksanakan – KM
Ubah saiz-+=