Dewan terbuka Orang Asli bukti Kerajaan Negeri tunai janji – KM

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

ALOR GAJAH 3 November – Pembinaan Dewan Terbuka Kampung Orang Asli Bukit Payung dengan peruntukan sejumlah RM300,000 merupakan salah satu inisiatif dalam Manifesto Kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata menerusi peruntukan pembangunan negeri itu ia sekali gus memberikan satu lagi kemudahan baharu buat penduduk di perkampungan tersebut.

“Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bertanggungjawab sebagai agensi pelaksana untuk membina dewan ini yang mengambil masa selama 16 minggu dan dijangka siap pada 12 Disember ini.

“Dengan pembinaan dewan terbuka ini, ia dapat menjadi pusat aktiviti komuniti Orang Asli Kampung Bukit Payung termasuk pelaksanaan program seperti kenduri, aktiviti sukan dan pusat pengumpulan masyarakat,” katanya.

photo_2022-11-03_12-09-11

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan dewan terbuka di Kampung Orang Asli Bukit Payung di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Md Zin dan Calon Barisan Nasional (BN) Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid.

Ujarnya lagi, pembinaan dewan terbuka itu membuktikan Kerajaan Negeri tidak pernah lupa untuk menunaikan aku janji yang telah dibuat kepada rakyat Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1813
Kongsi :
Previous post Banjir Sabah: Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 528 orang
Next post Mangsa kebakaran lega terima bantuan
Ubah saiz-+=