
Murid tahun lima ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang di Rantau Panjang
PASIR MAS, 25 Disember – Seorang murid perempuan Tahun Lima ditemukan lemas ketika bermain banjir, manakala seorang lagi masih hilang di Kampung Petai Dusun dekat Rantau Panjang, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supt Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam lebih kurang 6.39 petang, semalam.
“Kedua-dua mangsa yang sedang bermain banjir telah tergelincir sebelum dibawa arus.
“Mangsa, Siti Aisyah Mazi, 11, telah diselamatkan orang awam dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia, semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa, Nur Damia Qaisara Mohd Sabre, 11, masih giat dilakukan oleh pihak polis dan bomba.
“Saya nasihatkan orang ramai untuk cakna mengenai keselamatan anak-anak di bawah jagaan masing-masing yang bermain air tanpa pengawasan,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN DI LENDU, PENYATUAN TANPA PINGGIR KAUM LAIN
LENDU 12 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04...
PELANCONG INDIA TERPESONA MAGIS MELAKA
BANDA HILIR 12 November - Keunikan sejarah, kepelbagaian budaya serta sajian makanan yang ditawarkan menjadikan Melaka sebuah destinasi pelancongan menarik...
GELOMBANG BIRU MEMUNCAK, BN-PN YAKIN RAIH KELEBIHAN DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 November – Gelombang sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) di Melaka dilihat semakin mengukuh menjelang hari pengundian Pilihan...
MSPO BUKTI SAWIT MALAYSIA MAMPAN, TANGKIS DAKWAAN NEGATIF INDUSTRI
AYER MOLEK 11 November - Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjadi instrumen penting dalam mempertahankan kredibiliti industri sawit negara...
PRN MELAKA: DARI SEJARAH KE MASA DEPAN, AB RAUF SASAR MELAKA JADI HAB PELABUHAN
TANJUNG BIDARA 11 November - Melaka berpotensi mengembalikan kegemilangannya sebagai hab pelabuhan penting negara menerusi pembangunan sektor maritim, berasaskan kedudukan...
PRN MELAKA: JENTERA BERKAMPUNG BANTU MENANGKAN 4 CALON WANITA BN
AYER MOLEK 11 November - Jentera wanita Barisan Nasional (BN) dari seluruh negara termasuk Sabah kini berkampung di Melaka bagi...
