
Mayat warga asing ditemui terapung
KOTA LAKSAMANA 11 Nov. – Dua pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang sedang melakukan kerja pembersihan terkejut sebaik menemui mayat terapung dalam kejadian di baraj pintu air Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Jalan Kota Laksamana, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 11 pagi sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi.
Beliau berkata, mayat itu ditemui dalam keadaan terlangkup dan hanyut berdekatan baraj selain lengkap berpakaian baju T serta berseluar pendek.
“Identiti mayat itu dikenal pasti warga Nepal berusia 26 tahun dan bekerja di sebuah syarikat di Taman Lagenda,” katanya.
Menurut beliau, siasatan lanjut yang dijalankan oleh pasukan forensik menemui terdapat kesan luka di bahagian leher dan tangan kiri, bagaimanapun tiada kecederaan di bahagian anggota badan yang lain ditemui.
“Beg duit serta butiran dan wang tunai miliknya ditemui ada bersama. Mayatnya kemudiandihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat selain kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
ANUGERAH SERI MELAKA JULANG JASA, UKIR LEGASI PERMATA NEGERI
AYER KEROH 3 Ogos - Buat julung kalinya, Kerajaan Negeri menganjurkan Anugerah Seri Melaka bertujuan untuk mengangkat legasi permata Melaka...
ANAK JATI MASJID TANAH JULANG ANUGERAH SERI MELAKA
AYER KEROH 2 Ogos - Lebih empat dekad pengalaman dalam sektor hartanah, perbankan dan korporat mengangkat Datuk Sr. Azmar Talib...
RM150,000 SENTUH HATI RAKYAT DUYONG
DUYONG 2 Ogos - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan dan bantuan bernilai hampir RM150,000 bagi memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat...
2 JAM JELAJAH DUYONG, TOK RAUF SELAMI DENYUT NADI RAKYAT
DUYONG 2 Ogos - Lebih dua jam bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MELAKA BELANJA LEBIH RM250,000 SEDIA KEMUDAHAN TERAPI OKU
DUYONG 2 Ogos - Lebih RM250,000 telah dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi menyediakan kemudahan terapi untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU)...
TOKONG, PERSATUAN PENGANUT DUYONG RASAI NIKMAT MELAKA SAYANG RAKYAT
DUYONG 2 Ogos - Sejumlah RM20,000 disalurkan Kerajaan Negeri khusus kepada tokong dan persatuan penganut di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
