
Polis tahan pelajar tunggang motosikal dengan aksi ‘Superman’
SEREMBAN, 1 Januari – Enam lelaki termasuk tiga pelajar ditahan selepas menunggang motosikal secara berbahaya dengan aksi ‘Superman’ di kawasan sekitar Port Dickson.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kesemua mereka berumur antara 17 hingga 28 tahun itu ditahan menerusi Op Samseng Jalanan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 yang bermula pada 9 malam hingga 4 pagi tadi.
“Perbuatan yang dilakukan sekumpulan remaja tersebut boleh membahayakan nyawa diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
“Ekoran itu, kita turut merampas keenam-enam motosikal mereka dan dibawa ke IPD Port Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MeSRa: ANAK MUDA ASET MASA HADAPAN NEGERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Kepimpinan Kerajaan Negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sentiasa mengutamakan kecemerlangan...
BANTUAN RAMADAN PERKASA PERANAN MASJID DAN SURAU DI ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 14 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM467,000 kepada Parlimen Alor Gajah bagi diagihkan kepada 33 masjid kariah...
JUALAN MANTAI AIDILFITRI DUN AYER LIMAU TAWAR AYAM RM5 SEEKOR
AYER LIMAU 14 Mac - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berpeluang mendapatkan ayam pada harga istimewa RM5 seekor...
INISIATIF PERKASA BELIA MELAKA TERUS DIPERTINGKAT – KM
KUALA LINGGI 14 Mac - Kerajaan Negeri memberi tumpuan serius terhadap usaha memperkasa potensi anak-anak muda di negeri ini menerusi...
LEBIH 1,400 PENDUDUK DUN AYER LIMAU TERIMA SUMBANGAN CAHAYA SYAWAL
AYER LIMAU 14 Mac - Lebih 1,400 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pelbagai bentuk sumbangan sepanjang...
‘RUMAH KEK’ KAMPUNG LANJUT MANIS
PAYA RUMPUT 14 Mac – Bermula dengan percubaan kecil di dapur ketika masih menuntut pada usia 20 tahun, Ainin Tasnim...
