
Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dalam parit
JOHOR BAHRU, 25 Jan — Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit sebelum dihanyutkan arus di Lorong Cempaka Batu 18 ½ Kampung Sungai Tiram di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Ramli berkata mangsa berusia lima tahun itu dijumpai tersangkut di pangkal pokok sawit di sungai berhampiran pada 10.30 malam oleh unit Pasukan Penyelamat di Air, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
“Kanak-kanak berkenaan dikatakan bermain di atas jalan berhampiran tepi parit yang terletak di kawasan rumah sebelum terjatuh ke dalam parit itu.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dijumpai di pokok sawit tersebut dan mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.07 malam sebelum 14 anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
Katanya, operasi ditamatkan pada 12.16 tengah malam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF MAHU BN-PAS BERGERAK SEIRING, JANGAN ADA DUSTA
JASIN 24 Oktober - Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 perlu diterjemahkan...
PRN MELAKA: BN SASAR TAMBAH DUA HINGGA TIGA – AB RAUF
JASIN 23 Oktober – Barisan Nasional (BN) menyasarkan penambahan dua hingga tiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
LIMA DUN PARLIMEN JASIN MESTI KEMBALI KE PANGKUAN BN – TOK RAUF
JASIN 23 Oktober – Barisan Nasional (BN) menyasarkan untuk merampas semula kesemua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen...
BN SASAR KEMENANGAN LEBIH BESAR DI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 23 Oktober - Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor menyasarkan kemenangan lebih besar pada Pilihan...
BN PERLU PERBAIKI KELEMAHAN SENDIRI HADAPI PRN MELAKA – AHMAD ZAHID
JASIN 23 Oktober - Barisan Nasional (BN) perlu memperbaiki kelemahan dalaman dan memperkukuh penyusunan jentera bagi mengelakkan kesilapan lalu berulang...
‘BARANG ORDER, BARANG ITU MELAKA DAPAT’, AHMAD ZAHID BERI BAYANGAN AB RAUF KEKAL KETUA MENTERI
JASIN 23 Oktober - Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi bayangan akan kekal sebagai Ketua Menteri sekiranya Barisan Nasional...
