
Azam sedia kediaman berkualiti untuk asnaf
TABOH NANING 28 Januari – Menyediakan kediaman lebih selesa dan berkualiti untuk golongan asnaf antara fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin sepanjang 2024.
Katanya, fokus itu membabitkan projek pembinaan baharu dan membaiki kediaman asnaf sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning yang sudah usang.
Zulkiflee yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, projek berkenaan dijangka membabitkan lapan kediaman asnaf sekitar DUN itu.
“Saya sedang usahakan perkara ini, insya-Allah semuanya akan dilaksana menggunakan peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) selain bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
“Setakat ini kita sedang menilai beberapa senarai asnaf yang bakal menerima sumbangan baik pulih atau bina baharu rumah, jika tidak ada aral melintang kita laksanakan tahun ini juga,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Jelas beliau, lawatan ke rumah asnaf berkenaan juga sudah dilakukan bersama wakil MAIM baru-baru ini , bagi memastikan mereka adalah penerima yang benar-benar layak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GIATMARA MELAKA BAKAL JADI PUSAT LATIHAN E-SUKAN NASIONAL – AHMAD ZAHID
MERLIMAU 13 November - Sebuah GiatMARA di Melaka bakal dijadikan pusat latihan e-sukan nasional bagi melahirkan lebih ramai pemain berpotensi...
TPM CADANG MELAKA JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN E-SUKAN DUNIA 2028
MERLIMAU 12 November - Melaka dicadang menjadi tuan rumah kejohanan e-sukan peringkat dunia pada 2028, sekali gus membuka peluang kepada...
PRN MELAKA: DIRA TERUS SANTUNI PENGUNDI RIM DARI RUMAH KE RUMAH MENJELANG HARI MENGUNDI
RIM 12 November - Kunjungan dari rumah ke rumah menjadi antara strategi calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri...
PRN MELAKA: RIDHWAN PERGIAT KEMPEN SAAT AKHIR, SANTUNI HAMPIR SEMUA LOKALITI AYER MOLEK
AYER MOLEK 12 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd...
PRN MELAKA: MANIFESTO BN-PN INKLUSIF, TIDAK PINGGIR MANA-MANA KAUM DAN AGAMA
PENGKALAN BATU 12 November - Manifesto Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: 60 ‘GENG TOW TRUCK’ BERI SOKONGAN KEPADA GELOMBANG BIRU
BANDARAYA MELAKA 12 November - Kira-kira 60 trak tunda (tow truck) hadir memberikan sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri...
