RM14.7 juta bantu mualaf tahun ini

Masa Membaca:53 Saat

BANDARAYA MELAKA 28 Januari – Peruntukan berjumlah RM14,740,526 disediakan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi membantu golongan asnaf mualaf di negeri ini sepanjang 2024.

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah berkata peruntukan itu akan disalurkan menerusi pelbagai bantuan seperti pendidikan, kebajikan, makanan bulanan, perubatan dan anak-anak mualaf.

Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeru (Adun) Kuala Linggi berkata,  peruntukan bagi 2024 meningkat sebanyak 12.3 peratus atau RM1.803 juta berbanding 2023.

“Berbanding pada tahun lalu, sebanyak RM13.1 juta peruntukan telah disalurkan oleh MAIM buat pengajian mualaf termasuk menyediakan pelbagai bantuan dan sumbangan.

“Peningkatan ini turut membabitkan bantuan bulanan makanan dan elaun sara diri anak-anak mualaf di pusat pengajian tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Fardhu Ain Mualaf Negeri Melaka Tahun 2024/1445 Hijrah di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Badaruddin Mohd Kassim dan Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

832
Kongsi :
Previous post Lelaki OKU maut kedai motosikal terbakar
Next post Azam sedia kediaman berkualiti untuk asnaf
Ubah saiz-+=