
‘Cahaya merah’ warnai Jasin
MERLIMAU 29 Januari – Kerja-kerja pemasangan lampu hiasan tanglung di beberapa pekan utama di Jasin giat dijalankan sebagai daya penarik sempena perayaan Tahun Baru Cina, tidak lama lagi.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Rosemanizam Mohammed Nalif berkata, lampu hiasan itu mula dipasang pada 26 Januari lalu di Bandar Merlimau membabitkan sebanyak 100 unit lampu hiasan.
Menurutnya,selain Bandar Merlimau, MPJ turut menyasarkan pemasangan lampu hiasan di dua lagi lokasi dalam di daerah itu.
“Dua lagi lokasi dipulih untuk pemasangan lampu ini dan kerja-kerja pemasangan giat dijalankan di Pekan Asahan dan Bandar Jasin.
“Pemasangan lampu hiasan ini adalah bertujuan merancakkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
“Ia sekali gus menambahkan lagi keceriaan di kawasan-kawasan terlibat dan mampu menjadi satu tarikan buat pelancong yang datang ke daerah ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHANย TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
