
Lelaki pukul warga emas berstatus OKU
PANTAI KUNDOR 29 Januari – Seorang lelaki yang menerusi rakaman video memukul seorang wanita warga emas di sebuah kawasan berhampiran tapak ‘glamping’ di Tanjung Kling berstatus orang kurang upaya (OKU).
Ketua Polis Melaka Datuk Wira Zainol Samah berkata, suspek didapati berstatus OKU fizikal iaitu terencat fikiran akibat kemalangan.
Menurutnya, kejadian berlaku disebabkan perselisihan faham apabila suspek membakar sampah di kawasan berhampiran kediaman warga emas berusia 76 tahun yang mana berakhir dengan pergaduhan hingga menyebabkan wanita itu dipukul.
“Pada jam 12.10 malam tadi (29 Januari) pihak polis telah membuat tangkapan ke atas lelaki berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencederakan.
“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan ugutan jenayah,” katanya.
Zainol berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan sebarang berita tidak benar berhubung kes berkenaan.
Ia, jelasnya dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
