
Jumpa bom mortar di belakang rumah
MERLIMAU 10 Februari – Seorang tukang kebun menemui sebutir bom mortar di belakang sebuah rumah di Kampung Tersusun, Serkam Darat, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan bom jenis UXO Mortar 60mm Practice Inert itu kira-kira jam 10.30 pagi oleh pemilik kediaman terbabit.
“Laporan penemuan itu dibuat oleh seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga kakitangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Pengadu berada di tempat kerja dihubungi isteri yang memaklumkan tukang kebun sedang mengemas belakang kediaman mereka menemui objek disyaki bom,” katanya.
Menurutnya, susulan itu sepasukan pegawai dan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ke lokasi terbabit.
“Hasil pemeriksaan dan penilaian dijalankan mendapati objek tersebut adalah UXO Mortar Bombs 60mm Practice Inert selain ia bewarna putih serta terdapat sedikit karat.
“Kegunaan bom itu adalah untuk latihan sahaja selain ia tidak meletup. Bom itu kemudian dibawa balik ke pengkalan bagi tindakan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA RIVER CRUISE PECAH REKOD 6,500 PENGUNJUNG SEHARI
BANDARAYA MELAKA 2 Jun - Produk pelancongan ikonik, Melaka River Cruise berjaya melakarkan rekod baharu jumlah pengunjung sempena cuti panjang...
WRUR BANDA HILIR: CHAU YEN FOKUS DENGAR SUARA RAKYAT
BANDA HILIR 2 Jun - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir selama seminggu...
PELANCONGAN MACHAP JAYA SEMAKIN BERSINAR
MACHAP JAYA 2 Jun - Dahulunya, kawasan ini mungkin hanya dikenali sebagai sebuah kawasan kampung yang didiami masyarakat berbilang kaum,...
WRUR BANTU MAIM KENAL PASTI KEPERLUAN BAHARU ASNAF
BANDA HILIR 2 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengenal pasti beberapa keperluan baharu membabitkan asnaf dan mualaf menerusi...
MEKANIK PARAH MOTOSIKAL BERTEMBUNG DI SIMPANG TAMAN MAJU
JASIN 2 Jun – Seorang mekanik parah di bahagian kepala selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal di persimpangan...
PERCUTIAN DAMAI CUTI SEKOLAH DENGAN ECO CRUISE SUNGAI LINGGI
AYER LIMAU 2 Jun - Mahu 'healing' sambil menikmati keindahan alam semulajadi? Eco Cruise adalah pilihan paling tepat untuk seisi...
