
Pesawat terhempas: Proses bedah siasat dijangka selesai hari ini
KLANG,14 Feb – Proses bedah siasat mangsa nahas pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda di sini tengah hari semalam, dijangka selesai hari ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata waris kedua-dua mangsa telah hadir ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) pagi ini.
“Urusan bedah siasat dijangka selesai hari ini dan (mayat) boleh diserahkan kepada waris,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pemerhatian Bernama di Jabatan Forensik HTAR mendapati waris kedua-dua mangsa tiba di pekarangan hospital kira-kira 8 pagi tadi.
Mengikut manifest (senarai penumpang dan anak kapal) yang didaftarkan, nama mangsa yang terbunuh ialah juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 42.
Kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 1.45 tengah hari semalam.
Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN
TELOK MAS 30 Jun - MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha...
URUSAN DENGAN KERAJAAN JADI LEBIH MUDAH MENERUSI HARI ADUAN RAKYAT
SERKAM 30 Jun - Hari Aduan Rakyat bukan sekadar medium untuk menyuarakan isu setempat, sebaliknya turut dimanfaatkan oleh orang ramai...
PENJUAL BUAH MAUT MOTOSIKAL TERBABAS LANGGAR TIANG ELEKTRIK
AYER MOLEK 30 Jun – Seorang penjual buah maut selepas motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang...
MELAKA SASAR 20 PENCAPAIAN MENJELANG AKHIR 2026
BANDA HILIR 30 Jun – Melaka menyasarkan lebih 20 pencapaian dan pengiktirafan baharu peringkat negeri, kebangsaan serta antarabangsa menjelang penghujung...
PUSAT PERANGINAN BAHARU BAWA LIMPAHAN EKONOMI KEPADA WARGA SERKAM
SERKAM 30 Jun - Pembangunan sebuah pusat peranginan baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam dijangka menjadi pemangkin baharu kepada...
