Lebih 7,000 pengunjung dijangka serbu Zoo Melaka, 20 Feb ini

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 14 Februari – Zoo Melaka dijangka akan dikunjungi lebih 7,000 pengunjung luar dan dalam negeri pada cuti umum Negeri Melaka 20 Februari ini sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata persiapan menjelang 20 Februari itu telah dibuat dengan rapi merangkumi semua aspek.

Katanya, pihaknya juga bekerjasama dengan pihak polis bantuan berhampiran untuk memantau keadaan yang dijangkakan penuh sesak.

“Kita memang jangkakan lebih 7,000 pengunjung akan hadir, ramai yang sudah menghubungi kita di Zoo Melaka, MPHTJ dan pelbagai medium bertanyakan mengenai kemasukan percuma pada 20 Februari itu nanti.

“Kita juga sedia maklum, apabila masuk tanpa bayaran, sudah pasti kesesakan akan berlaku, kita di MPHTJ menyediakan parkir di Dataran Sejarah dan kawasan berhampiran tanpa mengganggu lalu lintas,

“Zoo Melaka akan dibuka seawal jam 8 pagi untuk persediaan kaunter bagi menyemak kewarganegaraan, namun jam 10 baharu dibuka kepada orang awam untuk masuk ke dalam,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata pihaknya turut menyediakan khemah buat orang ramai berteduh kerana dijangka akan beratur panjang.

Tambahnya, pihak Zoo Melaka juga telah meletakkan papan tanda pemakluman terma dan syarat khusus buat 20 Februari di hadapan pintu masuk.

“Antara promosi yang kita sediakan adalah bayaran RM10 bagi setiap bungkus makanan haiwan merangkumi lima lokasi bagi pemberian makanan haiwan seperti gajah, zirafah, kuda belang, rusa timur dan banteng.

“Zoo Melaka juga akan ditutup pada jam 12.30 tengahari sehingga jam 2 petang bagi kerja-kerja pembersihan kawasan, tandas dan pemeriksaan haiwan dan akan dibuka semula selepas itu sehingga jam 4.30 petang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

804
Kongsi :
Previous post Menara Taming Sari sedia kaunter khas 20 Februari ini
Next post Pesawat terhempas: Proses bedah siasat dijangka selesai hari ini
Ubah saiz-+=