Menara Taming Sari sedia kaunter khas 20 Februari ini

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDA HILIR 14 Februari – Ikonik pelancongan negeri, Menara Taming Sari Berhad (MTSB) akan melakukan persiapan rapi untuk menyambut kehadiran pengunjung dan pelancong sempena Hari Terbuka Melaka pada 20 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad (MTSB) Nasrul Ahmad berkata, antara persiapan yang dilakukan bersempena cuti umum Hari Pengisytiharaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu dengan menyediakan kaunter khas bagi memudahkan orang ramai.

Selain itu, katanya, turut dibuka kaunter jualan seperti cenderahati dan makanan ringan.

“Pada hari tersebut juga kita akan melancarkan pakej jualan makanan ringan untuk pengunjung beli dan menikmati pemandangan ketika menaiki Menara Taming Sari.

“Selain itu, kita turut membuat persiapan rapi dengan menyediakan laluan khas buat pengunjung warganegara yang dibenarkan masuk percuma.

“Ini kerana pengunjung yang masuk jika membawa anak-anak, hanya dewasa sahaja yang perlu diimbas untuk pangkalan data kami,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Nasrul berkata pihaknya turut menambah bilangan pekerja yang bertugas pada hari tersebut.

“Jika hari biasa hanya tujuh pekerja sahaja yang bertugas namun pada 20 Februari ini kita menggandakan sehingga hampir 14 pekerja yang akan bertugas.

“Kemasukan percuma ini akan bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja dan dianggarkan lebih 3,500 pengunjung yang dapat menaiki menara terbabit,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1053
Kongsi :
Previous post Pesawat terhempas: CAAM sahkan terdapat dua mangsa termasuk juruterbang
Next post Lebih 7,000 pengunjung dijangka serbu Zoo Melaka, 20 Feb ini
Ubah saiz-+=