
LTAM dijangka beroperasi semula Mei ini
SERI NEGERI 6 Mac – Lapangan Terbang Antarbangsa Melaka (LTAM) dijangka ‘diaktifkan’ semula dengan kemasukan penerbangan dari luar negara mulai Mei depan.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, satu penerbangan ‘shuttle’ dari luar negara dijangka akan beroperasi di LTAM sekali gus mampu menggalakkan kemasukan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
“Meskipun aset LTAM adalah di bawah tanggungan Kerajaan Pusat tetapi Kerajaan Negeri tidak akan hanya melihat ia terus dibiarkan dan kita akan mengambil langkah untuk menceriakan kembali LTAM dengan syarikat terlibat.
“Kita jangkakan mulai 1 Mei ini akan ada satu penerbangan dari luar negara memasuki LTAM ini, kita akan sediakan penerbangan terus dari China dan jadikan LTAM sebagai hab penerbangan ‘shuttle’ ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Jailani Khamis (BN-Rembia) pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WINGS AIR ‘KEMBALI’ KE MELAKA, TAWAR PENERBANGAN 3 KALI SEMINGGU
BANDA HILIR 31 Mei - Penerbangan terus dari Pekanbaru, Indonesia ke Melaka akan kembali beroperasi mulai 10 Jun ini apabila...
CUTI SEKOLAH RANCAKKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 30 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan sempena cuti sekolah apabila beberapa produk pelancongan Melaka dibanjiri pengunjung...
AIDILADHA: NIKMAT MELAKA SAYANG RAKYAT DIRASAI WARGA SERI NEGERI
SERI NEGERI 30 Mei - Dasar Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus dizahirkan pentadbiran Kerajaan Negeri sempena Aidiladha tahun ini. Ia...
POPULARITI WARUNG CHE MAD TEBONG
MACHAP JAYA 30 Mei - Jika dulu roti canai dijual hanya mampu terjual dua kilogram sehari kini angka itu mampu...
PENIPUAN ‘SCAMMER’ TERUS BEREVOLUSI, RAKYAT MELAKA RUGI HAMPIR RM30 JUTA DALAM 5 BULAN
PENGKALAN BATU 30 Mei - Sejumlah hampir RM30 juta nilai kerugian telah direkodkan di Melaka sepanjang tempoh Januari hingga Mei...
MELAKA SINARI AIDILADHA MASYARAKAT ORANG ASLI
MACHAP JAYA 30 Mei - Masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak dipinggirkan bersempena sambutan Aidiladha apabila diadakan program ibadah...
