Lebih 1.5 juta pelancong direkodkan setakat 25 Februari 2024

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SERI NEGERI 6 Mac – Seramai 1,573,561 pelancong dan pengunjung direkodkan bertandang ke negeri ini selepas Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dilancarkan.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, dari jumlah yang direkodkan dari 1 Januari hingga 25 Februai itu sebanyak 78.71 peratus adalah kemasukan pelancong domestik iaitu dengan jumlah seramai 1,238,549 orang.

Menurut beliau, 21.29 peratus dari jumlah yang direkodkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) adalah kemasukan pelancong luar negara iaitu seramai 335,012 pelancong.

“Berdasarkan laporan daripada premis penginapan berlesan dilaporkan kepada BPP, dalam tempoh itu sebanyak 65.54 peratus iaitu 1,031,307 orang adalah jumlah keseluruan pelancong yang telah menginap di hotel-hotel di negeri ini, di mana kadar ini adalah yang menginap di Melaka dan didefinisikan sebagai pelancong.

“Manakala selebihnya adalah didefinisikan sebagai pengunjung di mana kedatangan mereka adalah mereka datang dan pulang pada hari yang sama yang merekodkan seramai 441,7679 dengan kadar 28.7 peratus.

“Selain itu, dari rekod keseluruhan itu seramai 100,000 pelancong adalah daripada sub-sektor pelancongan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (BN-Lendu) pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

300
Kongsi :
Previous post 14 pintu masuk Melaka berwajah baharu, lebih ceria
Next post LTAM dijangka beroperasi semula Mei ini
Ubah saiz-+=