
Polis tahan peniaga, rampas mercun dan bunga api bernilai RM8,000
KANGAR, 12 Mac – Polis menahan seorang peniaga produk sejuk beku selepas menemukan pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM8,000 dalam sebuah rumah di Taman Guar Gajah, Arau semalam.
Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan dalam Op Kontraban/Hambat oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau pada 5.30 petang.
“Mercun dan bunga api yang disyaki diperoleh tanpa lesen itu ditemukan di ruang tamu rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki yang mempunyai lapan rekod lampau termasuk jenayah dan dadah itu direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seskyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
