
‘Ab Rauf arkitek pendigitalan Melaka’
AYER KEROH 13 Mac – Mewujudkan Kampung Digital bagi menambah baik sistem alamat surat menyurat kampung tradisional antara cetusan utama idea Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kearah menjadikan Melaka sebagai ‘warga digital’.
Idea itu membuktikan Ab Rauf merupakan seorang pemimpin yang mempunyai perspektif jauh kehadapan selain pemikiran yang berasaskan digitalisasi.
Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Melaka, Fauzi Elham berkata, inisiatif mewujudkan Kampung Digital disuarakan oleh Ketua Menteri pada April 2023 yang lalu.
“Bila wujudnya Kampung Digital ia satu kaedah dan tadbir urus yang lengkap daripada segi pengurusan alamat kampung.
“Kadang-kadang kita lihat ia seperti perkara kecil, tetapi jika tidak selesaikan akan menjadi satu bebanan, isu alamat tidak selaras ini bukan hanya berlaku di Melaka tetapi seluruh Malaysia,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Untuk rekod inisiatif Kampung Digital telah selesai didaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Kampung Digital merupakan gagasan dalam menambah baik sistem pengurusan penduduk dan pentadbiran kampung yang sekian lama terikat dengan kaedah konvensional.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERUJA DAPAT ‘BONDING’ DENGAN GAJAH ZOO MELAKA
AYER KEROH 8 Februari - Pengalaman mendekati gajah dari dekat menjadi detik bermakna buat peserta Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)...
PARAS 3 EMPANGAN MELAKA MASIH STABIL, BELUM ADA KEPERLUAN CATU AIR
DURIAN TUNGGAL 9 Februari - Kerajaan Negeri beri jaminan bahawa bekalan air di seluruh negeri ini berada di tahap selamat...
KONGSI BERSAMA RAKYAT SELAGI ADA REZEKI – TOK RAOP
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Jumlah bantuan kepada rakyat Negeri Melaka bagi tahun ini dinaikkan kepada RM168.8 juta berbanding RM164...
BIARLAH SUMBANGAN INI MEMBAWA SENYUMAN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Selepas hampir dua dekad Kerajaan Negeri masih meneruskan inisiatif sumbangan perayaan, sekali gus membuktikan nilai...
SLOGAN MESRA BUKAN SEKADAR ATAS KAIN RENTANG
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Menjaga kebajikan rakyat bukan hanya slogan semata-mata, tetapi bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MBMB PANTAU ISU PARKIR BAZAR AIDILFITRI
AYER KEROH 9 Februari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mempertingkat pemantauan pengurusan parkir kenderaan di kawasan Bazar Aidilfitri...
