‘Ab Rauf bawa pelaburan bermanfaat kepada rakyat’

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 13 Mac – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh seorang pemimpin yang fokus dan mempunyai satu sasaran yang jelas, iaitu menambah pelaburan untuk peningkatan hasil negeri.

Perkara itu diakui Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad, Datuk Ginie Lim Siew Lin, memikul amanah untuk memastikan perancangan cetusan Ketua Menteri membawa sebanyak mungkin pelaburan baharu ke negeri ini menjadi kenyataan.

“Ketua Menteri kita adalah seorang pemimpin yang sangat fokus untuk membangunkan sektor perindustrian dan menarik pelaburan ke Negeri Melaka.

“Sasaran beliau adalah menambah pelaburan, sekali gus meningkatkan hasil negeri, sudah tentu ia dapat dimanfaatkan bagi pembangunan Melaka serta kesejahteraan rakyat.

“Kami sebagai agensi promosi pelaburan juga memikul tanggungjawab besar untuk melaksanakan visi Ketua Menteri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Ginie berkata Invest Melaka Berhad akan membantu dalam mencapai sasaran pelaburan Kerajaan Negeri sejumlah RM10 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Sasaran diletakkan agak mencabar kerana lima tahun berturut-turut nilai pelaburan secara purata adalah RM5 bilion setahun.

“Justeru, Ketua Menteri sendiri meletakkan sasaran itu kepada RM10 bilion dalam lima tahun akan datang ini.

“Ia meliputi tiga inisiatif utama iaitu pembangunan kawasan perindustrian baharu, penambah baikkan sistem dan proses pelaburan serta penubuhan pusat kecemerlangan menyediakan tenaga berkemahiran untuk kehadiran pelabur,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2601
Kongsi :
Previous post ‘Ab Rauf arkitek pendigitalan Melaka’
Next post Merawat kepatahan tulang pinggul
Ubah saiz-+=